SONG

Selasa, 11 Oktober 2016

KESEJAHTERAAN DIRI


 Assalammualaikum..

oippppp..
 
Hello..huhu

Apa itu kesejahteraan diri?bagi saya kesejahteraan diri merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik serta meliputi emosi , fizikal, mental dan spiritual yang diintegrasikan oleh individu yang berkualiti.Kesejahteraan diri merupakan elemen penting bagi setiap individu untuk menjadi seorang yang berwawasan dan berjaya dalam hidup malah ia juga melambangkan identiti dan sikap seseorang dari segi luaran mahupun dalaman .

      Bagaimanakah hendak memupuk  kesejahteraan diri yang berkualiti? mudah sahaja ...tidak jadi masalah..setiap tanda tanya pasti ada jalanya ..kesejahteraan diri yang berkualiti dapat di pupuk  dalam diri setiap insan dengan cara menghiasi diri dengan nilai-nilai dan ahlak peribadi yang murni dan unggul.Selain itu,elemen yang paling penting adalah mengisikan jiwa dengan kerohanian dan keagamaan yang mantap.

       Di situ, secara tidak langsung dapat menjadikan diri anda seorang yang positif dari segi emosi , mental dan fizikal. YAA!!! memang susah untuk di praktiskan dengan persekitaran zaman moden yang hidup tanpa sepadan serta penuh dengan pelbagai masalah sosial pada masa kini.Tetapi dengan keazaman yang kuat serta motivasi diri yang tinggi anda pasti mampu mengubahnya.KEEP YOUR HEAD UP AND KEEP YOUR HEART STRONG.EVERYONE CAN CHANGE AND MAKE THEIR LIFE TO BE A GREAT PERSON.

       Jadi itu lah serba sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan kepada anda semua.Mudahan dengan maklumat ini dapat membantu anda menjadi insan yang mempunyai kesajahteraan diri yang berkualiti.Good luck.



        
     
       




Tiada ulasan:

Catat Ulasan