SONG

Selasa, 11 Oktober 2016

APA ITU KAUNSELING?

KAUNSELING , BIMBINGAN , PSIKOTERAPI






DEFINISI KAUNSELING

Assalammualaikum..

oipp.. oipp

Haiiii


Anda semua apa khabar? sihat? mudahan sihat selalu...Apa itu kaunseling ?apakah definisi bagi kaunseling?mesti anda semua ingin tahu kan. Adakah maksudnya membimbing?membantu? menasihat? yeapp..yeapp ..betul..betul.. betul..hahaha..tapi lebih tepat kaunseling merupakan suatu proses intraktif melalui satu perhubungan yang unik antara kaunselor dan klien yang mengarah 
kepada perubahan klien dalam aspek perasaan ,tingkah laku , kepercayaan
dan kemahiran membuat keputusan .
     Selain itu, kaunseling juga merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien mencari jalan cabang-cabang penyeselaian diri dengan baik. Kaunseling juga merupakan pertemuanantara kaunselor dan klien secara sukerala dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling malah kaunselor tidak akan memberi jawapan secara langsung kepada klien dan klien akan membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan ,pendapat dan nasihat daripada kaunselor. Jadi itu lah serba sedikit maklumat yang saya dapat kongsikan definisi kaunseling dengan anda semua . HuHuHu...Mudahan dengan maklumat ini dapat membantu anda memahami dengan mendalam definisi kaunseling.



DEFINISI BIMBINGAN


  Definisi bimbingan pula merupakan proses membimbing,memberi petunjuk, menghurai dan  mengajar klien memahami diri dan dunia serta suatu proses membantu individu membuat pilihan dan keputusan yang penting dalam 

hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya seperti pemilihan gaya hidup.Proses ini secara berperingkat ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Selain itu, bimbingan juga merupakan sebahagian daripada proses 

menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat
tercapai oleh orang yang menerimanya .Lazimnya  bagi penentuan kebajikan 
dan perkembangan dirinya.

DEFINISI PSIKOTERAPI


      Psikoterapi pula fokus pada proses membantu dan memulihkan klien yang menghadapi masalah emosi , psikologi yang lebih serius , intrapersonal dan masalah perkembangan diri yang tenat .Kebiasanya menjalankan sesi psikoterapi mengambil masa yang lebih lama untuk dibantu .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan