SONG

Selasa, 25 Oktober 2016

PERKENALAN DIRI


KAUNSELING THE BEST

Assalammualaikum..


oipp..oippp..

haaa..

harini saye ingin menceritakan sedikit kemahiran asas yang perlu ada pada seorang yang ingin menjadi kaunselor..best tau kaunselor ni...

jommm..kita lihatt...mari..


KEMAHIRAN ASAS UNTUK MENJADI SEORANG KAUNSELOR




KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

1) Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagaibersalaman dan sebagainya.
Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah;

· Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ
· Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan.
· Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal.
· Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.
Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ;

1. Menyatakan semula
Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat.

2. Menggambarkan semula
Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan klien. Akan tetapi, kaunselor perlulah menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi.

3. Memberikan respons
Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti di bawah;
Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima
Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien
Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik
Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik
Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.
Kemahiran 6: Parafrasa
Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan
Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan
Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal
Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan

2) Kemahiran Membina Perhubungan
Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.
Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya.
Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambilkira iaitu;
      • membina suasana alam sekeliling
      • suasana terapeutik
      • ruang untuk berkomunikasi
      • penampilan diri
      • ekspresi muka
      • kontak mata
      • cara duduk dalam sesi kaunseling
      • pergerakan tangan dan kaki
      • senyuman
      • nada suara
      • menggalakkan klien bercakap
- Membina suasana alam sekeliling
Oleh sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan adalah serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bising. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas yang berdekatan dengan seting sesi kaunseling. Selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor.
- Suasana terapeutik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang dinyatakan tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana terapeutik yang menyenangkan membolehkan sesi kaunseling berjalan dengan lebih lancar lagi.
- Ruang untuk berkomunikasi
Setiap individu mempunyai ruang di sekeliling tubuh badannya. Ruang itu membesar atau mengecil bergantung kepada keadaan. Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting bagi menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.
Dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dan kaunselor harus dianggarkan tidak terlalu dekat sehingga mengganggu perbincangan dan tidak perlu terlalu jauh sehingga menyukarkan kedua-dua pihak. Jarak antara 1-1.5 meter dapat menimbulkan rasa selesa dan klien berasa beliaudiberikan perhatian yang baik. Dalam menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu. Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh kedua-dua pihak untuk berunding.
- Penampilan Diri
Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan keadaan dan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan terlalu berbau busuk
- Ekspresi muka
Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau malu. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang baik.
- Kontak Mata
Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna kaunselor memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak kepada klien.
Cara duduk dalam sesi kaunseling
Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yangbercakap dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya.
Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang tengkuk dan menyadar. Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung.
- Pergerakan tangan dan kaki
Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya klien yang ‘nervous’ kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti. Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya masing-masing. Berikut ialah beberapa contoh pergerakan tangan;
- Berpeluk tubuh
Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup, kurang selamat atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif terhadap diri dan bersifat defensif.
- Tangan di dalam kocek
Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Kedua-dua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa takut atau risau
- Tergaru-garu
Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan rasa ragu-ragu dan tidak pasti
- Menggigit jari
Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas dan risau
- Senyuman
Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap memberi interpretasi.
Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.
- Nada suara
Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau ayat.
Contohnya perkataan ‘sayang’ jika disebut dengan nada yang lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika ‘sayang’ yang disebut dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Adalah penting bagi kaunselor mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram atau marah dan sebagainya.

3) Kemahiran menggalakkan klien bercakap
Kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan soalan-soalan jenis terbuka. Semasa klien bercakap, kaunselor perlu mendengar dengan penuh teliti dan penuh empati. Sementara itu, semasa klien bercakap, kaunselor harus mendengar dan memberi perhatian, memberi respons yang minima seperti mengganggukkan kepala dan sebagainya untuk menggalakkan terus bercakap.
4) Kemahiran membalas (responding)
Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar.
Contoh satu
Klien :Macam-macam yang saya rasa…adakah saya akan
difahami, diterima, dianggap kawan… Macam-macamlah…”
Kaunselor : “Macam-macam difikirkan sebelum datang ini.”
Contoh dua
Klien : “Saya nak bincang masalah keluarga saya…”
Kaunselor : “Hmmm… silakan”
Klien :”Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya.”
Kaunselor : (angguk).

5) Kemahiran penstrukturan
Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.
Terdapat dua persoalan yang penting dalam penstrukturan, iaitu perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai dalam melakukan penstrukturan.
Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya klien itu ingin terus menceritakan masalahnya.
Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.
Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya.
Contoh penstrukturan 1
“…Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan anda pula sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Peranan saya secara ringkasnya untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu anda. Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang mengganggu hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan dan kerahsiaan ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan melibatkan keselamatan nyawa anda.”

6) Kemahiran Menyoal
Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.
Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat.
Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien. Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu dilaksanakan.
Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup.

7) Kemahiran Parafrasa
Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien.
Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.
Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya.
Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat parafrasa. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi.
Contoh Satu:
Klien : “Saya tahu dia seorang yang baik. tapi…saya belum bersedia untukmenerimanya…tetapi saya juga susah hendak menolaknya.”
Kaunselor : “ Nampaknya, anda dalam dilema, belum bersedia menerima dia tapi juga susah hendak menolaknya.”

8) Kemahiran memimpin
Kemahiran memimpin boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
- Memimpin secara tidak langsung
Tujuan memimpin secara tidak langsungmembolehkan klien memulakan dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang berjalan. Selain daripada itu, tujuan memimpin secara tidak langsung ialah untuk menjemput klien untuk menceritakan atau memperincikan ceritanya.
Contoh soalan yang menunjukkan memimpin secara tidak langsung ialah;
apa yang anda nak bincangkan hari ini?”
“Barangkali, kita boleh mulakan sesi dengan anda beritahu saya di mana anda sekarang?”
“Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang perkara itu?”
- Kemahiran memimpin secara langsung
Kemahiran memimpin secara langsung menggalakkan klien memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa yang diperkatakan. Antara tujuan kemahiran memimpin secara langsung ialah untuk menentukan tujuan untuk memimpin, meluahkan dengan perkataan yang dapat memperincikan secara khusus, menggunakan soalan terbuka dan membolehkan klien bebas mengikut pimpinan anda. Dalam kemahiran memimpin, adakalanya terdapat elemen cadangan seperti;
“beritahu saya tentang ibu anda?”
“Boleh anda gambarkan apa yang berlaku baru-baru ini?”

9) Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor patut menggunakanayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas.
Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor.
Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya, membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas.
Lima cara utama dalam menghantar komunikasi:
-Mesej lisan: Mesej yang dihantar melalui perkataan
-Mesej vokal: Mesej yang dihantar melalui suara. Contohnya melalui volum, artikulasi dan nada.
-Mesej badan: Mesej yang dihantar melalui bahasa badan. Contohnya melalui renungan, kontak mata, ekspresi muka, postur badan, pakaian.
-Mesej sentuhan
-Mesej yang berbentuk aksi.

10) Kemahiran melakukan dorongan minima
Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m,teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.
Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima;
a. kaunselor memberi perhatian
b. menolong penerokaan kendiri klien
c. supaya klien terus bercakap
d. mempengaruhi arus perbualan

11) Kemahiran Membuat Refleksi Perasaan
Jones (2004) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan melibatkan keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami perasaan klien. Seterusnya Jones (2004) menjelaskan refleksi perasaan melibatkan kemahiran pihak yang menghantar dan menerima.
Kemahiran pihak penerima:
      • Memahami mesej muka dan badan klien
      • Memahami mesej suara klien
      • Memahami mesej lisan klien
      • Memahami reaksi emosi diri
      • Mengambilkira konteks mesej yang disampaikan oleh klien
Kemahiran pihak yang menghantar:
      • Bertindak balas dalam cara yang menunjukkan kaunselor memahami perasaan klien melalui perkataan dan frasa
      • Memeriksa ketepatan pemahaman kaunselor
Refleksi perasaan merupakan pengulangan atau menyebut semula percakapan klien dalam satu rangkai kata yang pendek tetapi padat. Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Membuat refleksi perasaan bukanlah sekadar mengulang semula perkataan yang diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sendiri.
Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, klien akan tahu bahawa perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sekali.
Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang dialami atau dirasai oleh klien secara emosi. Jadi, klien akan lebih terdorong untuk menyatakan segala perasaannya dengan lebih mendalam lagi kepada kaunselor tersebut tanpa was-was lagi.
Walau bagaimanapun, kaunselor bukan sahaja perlu cuba untuk memahami perasaan klien yang telah dinyatakan atau disebutkan dalam mesejnya, tetapi perlu cuba untuk memerhatikan perasaan yang tidak dinyatakan atau disebut oleh klien. Sebagai contohnya, mungkin klien itu kelihatan muram dan tidak bermaya tetapi klien tersebut tidak menyatakan perasaannya dalam bentuk lisan, Jadi, kaunselor perlu bijak dan merefleksikan perasaan klien itu, tidak kira sama ada perasaan itu dinyatakan atau tidak.
Tujuan utama kaunselor membuat refleksi perasaan ini ialah untuk memberikan pemusatan kepada perasaan klien sebenar dan bukannya perasaan helah semata-mata. Selain itu, ia juga membolehkan klien untuk melihat kembali perkara-perkara yang telah dikatakan olehnya tadi dengan lebih jelas dan terang daripada yang asal. Walau bagaimanapun, kemahiran membuat refleksi perasaan ini bergantung rapat kepada kebolehan klien untuk menentukan perasaan dan tanda bagi perasaannya (Amir Awang, 1987).
Kemahiran refleksi merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. Dalam kemahiran ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman.
- Refleksi isi
Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.
- Refleksi perasaan
Kemahiran merefleksi perasaan ialahpenyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaanatau sikap yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberiruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan kepadanya.

Refleksi pengalaman.
Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan.
Contoh satu:
Klien : “Baru-baru ini, saya ada pesan Astro kat rumah…” ramailah jiran-jiran yang datang         tengok…. Tetapi masalahnya, mereka kata saya nak tunjuk lagak. .Berlagaklah tu… sombonglah tu.”
Kaunselor: “Anda dituduh berlagak dan sombong dengan Astro baru oleh jiran-jiran.”
Contoh dua:
Klien :“Sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik saya. Dia buat saya macam orang luar. Langsung dia tidak peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih sangat.”
Kaunselor: “Anda merasa sedih sangat bila adik anda menyisihkan anda dan tidak mempedulikan anda.”
Contoh ketiga:
Klien: “Saya ni lain sikit, saya tak boleh dicabar. Saya tak suka orang mengutuk peribadi saya..”
Kaunselor: “Tuan benar-benar marah bila ada orang campur tangan dalam hal peribadi tuan.”

Ishamuddin Hj Ismail (1999) mendapati tujuan refleksi perasaan ialah;
a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang positif atau negatif mengenai sesuatu perkara.
b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang samar-samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien (perasaan yang tersirat).
c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak selesai.
d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang sedang menguasainya ketika itu.
e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan perasaannya dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya
12) Kemahiran Membuat Interpretasi
Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau “feedback” kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien.
Oleh yang demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya kaunselor membuat interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu. Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien.
Kemahiran ini merupakan satu proses yang aktif di mana kaunselor menjelaskan perkara atau isu yang di bawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru. Kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan.
Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, kaunselor akan menambah kenyataan yang dibuat oleh klien, terutamanya setelah kaunselor dapat memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya secara sengaja atau tidak sengaja.
Apabila klien memberikan maklumat kepada kaunselor mengenai masalah klien, tafsiran daripada kaunselor boleh menimbulkan celik akalklien. Semasa kaunselor membuat interpretasi, kaunselor haruslah menggunakan bahasa yang mudah difahami.

13) Kemahiran Menghadapi Kesenyapan
Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.
Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.
Kesenyapan yang berlaku banyak memberikan peluang kepada klien dan kaunselor untuk mengimbas kembali diri masing-masing semasa sesi kaunseling tersebut. Ia juga memberi peluang kepada kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan lebih teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya dengan lebih baik serta lain-lain lagi.
Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi kaunselor untuk membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan kaunselor telah melakukan perkara penting. Klien perlu diberi masa untuk memikirkan sesuatu tanpa sebarang gangguan


Kemahiran Membuat Refleksi
Jones (2004) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan melibatkan keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami perasaan klien. Seterusnya Jones (2004) menjelaskan refleksi perasaan melibatkan kemahiran pihak yang menghantar dan menerima.
Kemahiran pihak penerima:
      • Memahami mesej muka dan badan klien
      • Memahami mesej suara klien
      • Memahami mesej lisan klien
      • Memahami reaksi emosi diri
      • Mengambilkira konteks mesej yang disampaikan oleh klien
Kemahiran pihak yang menghantar:
      • Bertindak balas dalam cara yang menunjukkan kaunselor memahami perasaan klien melalui perkataan dan frasa
      • Memeriksa ketepatan pemahaman kaunselor
Refleksi perasaan merupakan pengulangan atau menyebut semula percakapan klien dalam satu rangkai kata yang pendek tetapi padat. Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Membuat refleksi perasaan bukanlah sekadar mengulang semula perkataan yang diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sendiri.
Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, klien akan tahu bahawa perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sekali.
Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang dialami atau dirasai oleh klien secara emosi. Jadi, klien akan lebih terdorong untuk menyatakan segala perasaannya dengan lebih mendalam lagi kepada kaunselor tersebut tanpa was-was lagi.
Walau bagaimanapun, kaunselor bukan sahaja perlu cuba untuk memahami perasaan klien yang telah dinyatakan atau disebutkan dalam mesejnya, tetapi perlu cuba untuk memerhatikan perasaan yang tidak dinyatakan atau disebut oleh klien. Sebagai contohnya, mungkin klien itu kelihatan muram dan tidak bermaya tetapi klien tersebut tidak menyatakan perasaannya dalam bentuk lisan, Jadi, kaunselor perlu bijak dan merefleksikan perasaan klien itu, tidak kira sama ada perasaan itu dinyatakan atau tidak.
Tujuan utama kaunselor membuat refleksi perasaan ini ialah untuk memberikan pemusatan kepada perasaan klien sebenar dan bukannya perasaan helah semata-mata. Selain itu, ia juga membolehkan klien untuk melihat kembali perkara-perkara yang telah dikatakan olehnya tadi dengan lebih jelas dan terang daripada yang asal. Walau bagaimanapun, kemahiran membuat refleksi perasaan ini bergantung rapat kepada kebolehan klien untuk menentukan perasaan dan tanda bagi perasaannya (Amir Awang, 1987).
Kemahiran refleksi merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. Dalam kemahiran ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman.
A) Refleksi isi
Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.
B) Refleksi perasaan
Kemahiran merefleksi perasaan ialahpenyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaanatau sikap yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberiruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan kepadanya.

C) Refleksi pengalaman.
Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan.
Contoh satu:
Klien : “Baru-baru ini, saya ada pesan Astro kat rumah…” ramailah jiran-jiran yang datang         tengok…. Tetapi masalahnya, mereka kata saya nak tunjuk lagak. .Berlagaklah tu… sombonglah tu.”
Kaunselor: “Anda dituduh berlagak dan sombong dengan Astro baru oleh jiran-jiran.”
Contoh dua:
Klien :“Sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik saya. Dia buat saya macam orang luar. Langsung dia tidak peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih sangat.”
Kaunselor: “Anda merasa sedih sangat bila adik anda menyisihkan anda dan tidak mempedulikan anda.”
Contoh ketiga:
Klien: “Saya ni lain sikit, saya tak boleh dicabar. Saya tak suka orang mengutuk peribadi saya..”
Kaunselor: “Tuan benar-benar marah bila ada orang campur tangan dalam hal peribadi tuan.”


Ishamuddin Hj Ismail (1999) mendapati tujuan refleksi perasaan ialah;
a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang positif atau negatif mengenai sesuatu perkara.
b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang samar-samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien (perasaan yang tersirat).
c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak selesai.
d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang sedang menguasainya ketika itu.
e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan perasaannya dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya.











Selasa, 18 Oktober 2016

PEGANGAN KAUNSELOR

GOOD LUCK

ALL THE BEST
HUHUHU
  
STRENGTH DOESN'T COME FROM WHAT YOU CAN DO .
IT COMES FROM THINGS 
YOU ONCE THOUGHT YOU COULDN'T